Phew...!

mak oi lama betul aku tak jenguk blog aku...kesibukkan dikantor membataskan aku menulis..

ok ok...mulai sekarang aku akan rajin tulis!....kalau aku rajin..heh!

di dalam gersang hatiku
ku merenung dirimu
hati tersentuh rindu
yang dalam tak menentu
dengarkah kasihku
getar di jantungku
inikah erti, inikah erti
resah hatiku

bilakah kau datang ke sini
di hari indah nanti
ku sanggup menunggu
tanda cinta kasihku
inikah erti, inikah erti
rinduku padamu

aku turut, aku turut bersamamu
aku jua, aku jua ingin bersamamu
aku ingin, aku ingin bersamamu jua nanti
bagaikan hari-hari dulu lagi

Setiap orang ada kelebihan masing masing,Kalau kelebihan itu dihargai,dah senang kita.Taklah jadi cam sekarang.Orang buta memimpin yang celik

matsamankati

Ma’afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, terutama di perayaan tahunan seperti hari ini.
Apabila orang telah sedia duduk, aku bangun berdiri
Apabila orang bertepok, aku diam
Apabila orang orang ghairah berbincang, aku tidor
Apabila orang membaca zikir, aku takot mati

Ma’afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Orang lain sudah merdeka, aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu, walaupun

Melayu kata “Melayu bodoh!” Melayu kata “Melayu kecoh!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu malas!” Melayu kata “Melayu mulas!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu kecot!” Melayu kata “Melayu takot!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu belut!” Melayu kata “Melayu belot!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu kasap!” Melayu kata “Melayu lesap!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu tongong!” Melayu kata “Melayu bingong!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu serong!” Melayu kata “Melayu jerong!” biarkan, biarkan
Melayu kata “Melayu sombong!” Melayu kata “Melayu murong!” biarkan, biarkan

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

PyanHabib - Filem Mat Som 1990

RAGUT

Filed under | 1 Comment

Kesian aku tengok pakcik tu tergolek dok kena ragut...

kejadian leboh kurang 10 meter dari aku...

aku dan member pun pegi la tolong pakcik tu..

"pakcik tak apa apa? " tanya aku

"pakcik tak apa apa nak...luka sikit kat siku" jawap pakcik tu

"memang barua itu peragut!" bidas member aku

"biar la nak..ini hari ,hari pakcik...esok esok hari dia pulak "pakcik tenangkan hatinya

"banyak ker dalam beg kepit tu pakcik" tanya aku lagi

"ada la sikit...dalam 50 keping" pakcik tu jawap

"ui banyak tu...pakcik baru keluar bank ker? " member aku selidik

"tak la..pakcik baru turun bas dari kampung.." pakcik petah

" lain kali pakcik lipat masuk dalam pokek pakcik" aku nasehat

" kalau simpan dalam pokek rosak la" pakcik sanggah

"nak rosak apanya..tu kan duit ,duit mana rosak kalau lipat" member aku sampuk

" yang dalam beg tu bukan duit nak " pakcik beritahu

"abis apa dalam beg tu ?" tanya aku

"DAUN SIREH NAK.."...jawap pakcik

hahahahhaaa kami bertiga ketawa sambil ajak pakcik tu minum teh..kami belanja!

Hampeh!

Next Page →