Bahan:

1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.

2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk umis)

2 Biji Tomato (dibelah dua)

2 biji cili hijau di belah dua.

2 biji cili merah dibelah dua

2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.

250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.

4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Garam secukup di rasa.

Perencah untuk ditumis.

25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.

2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)

125gm rempah akri baba’s

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

Bahan-Bahan untuk dikisar

2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)

4 biji cili hijau.

2 biji bawang sederhana besar.

1 biji tomato

10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.

Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan masukan dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan (dipotong 4″- 3 helai))daun kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah.Masukan air 500ml.Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak (boleh dipereksa dengan menekan senduk keats ubi).Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.Masukan santan,tomato,cili hijau,cili merah dan garam.kecilkan api.Kacau rata supaya tak pecah minyak.Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan apai dan sedia untuk hidangkan.

Comments

No Responses to “Kari Ayam Nasi Kandar”