RAGUT

Filed under

Kesian aku tengok pakcik tu tergolek dok kena ragut...

kejadian leboh kurang 10 meter dari aku...

aku dan member pun pegi la tolong pakcik tu..

"pakcik tak apa apa? " tanya aku

"pakcik tak apa apa nak...luka sikit kat siku" jawap pakcik tu

"memang barua itu peragut!" bidas member aku

"biar la nak..ini hari ,hari pakcik...esok esok hari dia pulak "pakcik tenangkan hatinya

"banyak ker dalam beg kepit tu pakcik" tanya aku lagi

"ada la sikit...dalam 50 keping" pakcik tu jawap

"ui banyak tu...pakcik baru keluar bank ker? " member aku selidik

"tak la..pakcik baru turun bas dari kampung.." pakcik petah

" lain kali pakcik lipat masuk dalam pokek pakcik" aku nasehat

" kalau simpan dalam pokek rosak la" pakcik sanggah

"nak rosak apanya..tu kan duit ,duit mana rosak kalau lipat" member aku sampuk

" yang dalam beg tu bukan duit nak " pakcik beritahu

"abis apa dalam beg tu ?" tanya aku

"DAUN SIREH NAK.."...jawap pakcik

hahahahhaaa kami bertiga ketawa sambil ajak pakcik tu minum teh..kami belanja!

Hampeh!

Comments

1 Response to “RAGUT”

  1. Anonymous on November 30, 2010 at 2:54 PM

    hahhha
    pak cik seireh, padann muka si peragut

    50 keping, keping apa, keping sireh